Dingane kaSenzangakhona
Dingane kaSenzangakhona

Dingane kaSenzangakhona

Dingane kaSenzangakhona (sekitar 1795-1840) merupakan seorang ketua puak Zulu dan ditabal sebagai raja pada tahun 1828. Beliau merebut kuasa apabila membunuh abang seibunya iaitu Raja Shaka di tempat yang kini dikenali pekan Stanger. Perebutan kuasa ini berlaku kerana kekejaman Shaka semakin menjadi-jadi selepas kematian ibunya, Nandi. Dari segi kemahiran ketenteraan dan kepimpinan, Dingane tidak sehebat Shaka dan ini mengakibatkan keretakan dalam kerajaannya. Kepimipinannya turut tercabar dengan ketibaan Voortrekkers iaitu bangsa kulit putih dari Eropah. Pada tahun 1838, beliau telah mengepung dan membunuh lebih kurang 500 Boer dan sebagai balasan puak Afrikaner di bawah pimpinan Andries Pretorius telah melancarkan perang di mana 3,000 orang Zulu terkorban dalam Pertempuran Sungai Darah.Pada Januari 1840, Andries Pretorius, dengan pasukan komando yang terdiri 400 Burgher, telah membantu MpandeMpande menjadi raja kerajaan Zulu dari 1840 ke 1872. Ini merupakan antara campur tangan orang putih yang pertama di Afrika Selatan. Dingane telah dibunuh di Hutan Hlatikhulu ForestHlatikulu di Pergunungan Lebombo, Afrika Selatan. Beliau dibunuh oleh Zulu Nyawo, Sambane and Nondawana sewaktu sedang menjalankan ekspedisi ketenteraan.

Dingane kaSenzangakhona

Nama lain Dingaan
Meninggal dunia 1840 (berumur 44–45)
Sebab kematian Dibunuh
Kelahiran 1795
Kediaman Selatan Afrika
Gelaran Raja